Wednesday 20 June 2012

NABI MUHAMMAD SAW SEORANG PEMIMPIN DAN NEGARAWAN YANG UNGGUL

PENGENALAN
  • Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin,12 Rabiul-Awal Tahun Gajah atau 20 April 571 Masihi di Makkah.
  • Bapa Baginda : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
  • Ibu Baginda : Aminah bt Wahab bin Zuhrah bin Kilab.
  • Nabi Muhammad (saw) adalah anak yatim.
  • Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang menerima wahyu Allah swt  untuk amalan dirinya sahaja.
  • Maksud Negarawan/Pemimpin : sebagai seorang ketua,ahli politik dan pentadbir yang cekap.
DIGELAR 'AL-AMIN'
  • Digelarkan sebagai 'al-Amin' atau 'yang amanah' oleh masyarakat Quraisy Makkah.
  • mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan oleh seorang bakal pemimpin.
  • berjaya menyelesaikan perbalahan yang timbul di kalangan pemimpin-pemimpin Bani dalam Kabilah Quraisy.
  • Peristiwa tersebut berlaku setelah Kota Makkah dilanda banjir.
  • Bani-Bani di Makkah bertelagah sesama sendiri semasa hendak meletakkan semula batu Hajarul Aswad di sudut dinding Kaabah.
  • Batu tersebut dianggap suci dan mulia.
  • Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad (saw) sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Baginda meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah.
  • menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu berasa puas hati.
MENGATUR STRATEGI PENYEBARAN ISLAM
  • Baginda mula menyusun strategi penyebaran Islam yang benar-benar terancang dan teliti.
  • Peringkat Awal : Baginda hanya menyampaikan Islam kepada golongan yang paling hampir dengan Baginda.
  • Tujuan : untuk tidak menimbulkan keributan di kalangan masyarakat Quraisy yang lain.
  • Berita kedatangan Islam telah tersebar luas dan penentangan semakin meningkat.
  • Baginda juga menyusun strategi untuk menghadapi Kaum Quraisy.
  • Umat Islam digesa untuk bertahan dan bersabar di atas segala penentangan Kaum Quraisy.
  • Umat Islam masih kecil dan lemah dan belum mampu menandingi kekuatan Kaum Quraisy.
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MADINAH
  • Baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi antara Suku Aus dan Suku Khazraj.
  • Kedua-dua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar.
  • Golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy yang datang dari Makkah.
  • Dengan kejayaan ini,Baginda merupakan tokoh yang pertama.
  • kerana berjaya menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.
SEORANG PEMIMPIN TENTERA
  • Baginda merupakan pemimpin tentera yang tertinggi.
  • Baginda turut berjuang dan dalam masa yang sama menjadi inspirasi para pejuang lain.
  • Dalam Perang Uhud,Baginda turut memakai baju besi,memikul pedang dan memerangi musuh.
  • Baginda turut luka parah dalam peperangan tersebut.
  • Baginda juga sebagai seorang pakar strategi.
  • Bukti : - kecekapan taktik Baginda menggunakan pasukan memanah di lereng gunung Uhud.
               - taktik menggali parit dalam Perang Khandak
               - teknik psikologi untuk memaksa Malek bin Aus menyerah diri dalam Perang Taif.
MENGADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
  • Walaupun Nabi Muhammad (saw) adalah seorang yang buta huruf,namun baginda seorang pemimpin sebuah kerajaan.
  • mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti :
    -Habsyah        -Byzantine        -Hirah
    -Parsi              -Ghassan
RUMUSAN
  • adalah jelas bahawa Muhammad bin Abdullah itu merupakan seorang nabi,Rasul,pemimpin dan negarawan ulung yang belum pernah disaksikan oleh sejarah Tanah Arab sebelum dan selepasnya.
  • baginda membuktikan dirinya berkebolehan dalam hampir setiap bidang.
  • dalam sejarah selama 23 tahun menyebarkan Islam,Baginda merupakan seorang :-
    -pendakwah                        -perangka ekonomi negara
    -panglima perang                 -hakim
    -perangka strategi                -penasihat


p/s Sejarah Tamadun Islam Bab 1 ni la yang saya study gila-gila dekat kelas petang tadi.Banyak lagi fakta   yang boleh ditambah untuk mendapatkan markah yang banyak.Good Luck Pre-U student ^.^

No comments:

Post a Comment