Thursday 21 March 2013

Cheesy Wedges

Makan,makan,makan,makan,makan (5x makan) Tu lah hobi aku,suka makan.Salah!bukan hobi aku je,hobi family aku jugak..Family aku semua memang suka makan.Antara shopping & makan,kitaorang lagi suka makan.Cari restoran atau kedai makan yang best2,kalau keluar pegi mana-mana.

Tiba-tiba hari ni aku terbau-bau cheesy wedges,padahal aku dah makan cheesy wedges semalam.Kakak aku beli dekat Pasar Malam Desa Tasik.Cheesy wedges dekat Pasar Malam tu memang sedap gila setanding dengan cheesy wedges dekat KFC.Ada dua pilihan,sama ada cheesy wedges biasa atau special.Apa yang special?HA!meh chek nak habaq mai!Cheesy wedges yang special tu dia letak banyak cheese & mayonis.Bak kata orang 'memang kaw kaw la'.Memang banyak cheese yang dia letak.Bila makan tu memang betul-betul terangkat la kening aku ni (tetiba)

Cheesy wedges adalah salah satu makanan kegemaran aku.Birthday aku nanti tak payah bagi hadiah mahal-mahal,Cheesy wedges pun dah cukup.Wahaha.Setiap hari aku rasa nak makan cheesy wedges.Tak muak pun.

Mak ai!ni baru tengok gambar,belum rasa lagi.Tengok je pun boleh meleleh air liur.Sedapnya!


Ohman!I'm craving to eat cheesy wedges!Cheesy wedges!Please,come to Mama!

Wanna make your own Cheesy wedges?Visit this web (http://www.kongsiresepi.com/read/464/0/) to knows the recipe!

Wednesday 20 March 2013

MELATAH

'It's about the melatah,melatah,melatah.We always melatah melatah melatah.We just wanna melatah,melatah...' (lagu Price Tag diubahsuai menjadi lagu Melatah) Wiiiii~merepek-repek..
Mungkin korang semua tak percaya yang aku ni tergolong dalam golongan 'Minah Melatah'
Tapi itulah kenyataannya.Bukan aku sorang je melatah dalam family,Mama,Makcik,Kakak,Abang pun melatah jugak.Mungkin ni faktor dari keturunan sebab Arwah nenek aku pun melatah jugak.

Tapi dalam family,aku lah yang paling teruk melatah -_- Sampai anak buah aku pun suka usik.Suka cocok2 pinggang aku,suka buat aku terkejut.Bila aku melatah,dorang mesti gelak.Penat memang penat melatah ni,tapi takpe lah janji anak buah aku semua happy.Melatah ni memang di anggap satu hiburan,sebab memang kelakar bila tengok orang melatah.Aku sendiri pun tergelak.Macam2 perkataan yang keluar dari mulut bila melatah.Bukan tu je,kadang2 pelbagai aksi keluar bila melatah.Bila sekali je melatah,melatah aku ni akan melarat.Mesti aku akan melatah tanpa henti kalau ada orang usik.

Walaupun kelakar,melatah ni ada bahaya jugak.Kadang2 ada orang melatah teruk tau.Contohnya bila kita usik dia,dia akan capai sesuatu yang tajam atau apa2 je benda yang ada di sekeliling dia.Kalau dia pegang pisau dan kita usik dia,rasa-rasanya ada yang masuk hospital nanti.So,kalau nak usik orang melatah kenalah ikut waktu,tempat dan masa.Jangan sampai perkara buruk berlaku.Pendek kata 'Berhati-hatilah di jalan raya'.Panjang kata plak 'Berhati-hatilah walau di mana pun anda berada,Ingatlah orang yang tersayang' (merepek lagi)

Pakar psikologi,Dr.William S Buroughs menjelaskan,latah adalah situasi terkejut melampau (hyper-startling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun,golongan lelaki tidak terkecuali daripada melatah,malah ada kala mereka lebih teruk berbanding wanita.

Nak tahu lebih lanjut tentang 'MELATAH'? (malas nak taip banyak2.HAHAHA) Layari laman web ni (http://www.hmetro.com.my/articles/Melatahpenyakitsaraf/MA/Article)

Wednesday 13 March 2013

Cara-Cara SEPETkan MATA

Ramai kata 'comel la mata sepet'.Mereka yang kata,saya tak kata pun.Mata sepet tak comel pun sebenarnya (memang la aku cakap macam tu,sebab mata aku sepet) Cuba kalau mata saya macam mata Yuna,mesti saya cakap perkara yang sama.Bila mata bundar,nak mata sepet.Bila mata sepet,nak mata bundar.Ok la macam tu,jangan ada yang mintak nak macam mata kucing (buah mata kucing) sudahlah.(Macam skema je hari ni)

Apa-apa pun kenalah bersyukur dengan apa yang Allah bagi.Ye dop? (kalau setuju,angguk-angguk sikit)
Nak tahu tak cara-cara sepetkan mata?saya ada beberapa tips sepetkan mata.Sila Lihat Gambar Di bawah (lihat je,jangan sentuh.hehehe)


CARA PERTAMA

CARA KEDUA

CARA KETIGA

CARA KEEMPAT

nak tengok hasil daripada cara-cara di atas?Sila Lihat Lagi Gambar Di Bawah.

Eh,kejap-kejap.Nak tunjuk gambar baby comel.Comel kan?

Eh!Ada lagi satu.Gambar kanak-kanak yang comel,Lincoln Paul Lambert from Korea. (Kanak-kanak yang pandai bermain silap mata) Jatuh cinta tengok budak comel ni.
ok!Ini serius,saya akan tunjukkan gambar hasil daripada cara-cara sepetkan mata.


Tadaaaa,ni lah hasilnya.Kiri : tak senyum Kanan : Senyum (nak nampak lebih sepet lagi mata anda?senyumlah sokmo)

Fuhhhh!Tiba-tiba letih (Blogger pempalas macam ni la jadinya).Ok,saya nak bagi sedikit nasihat kepada anda semua untuk tidak percaya dengan tips yang saya bagi di atas.Ianya hanya gurauan semata-mata.Mata saya memang asli,sepet!Tak guna apa-apa tips pun untuk sepetkan mata (memang keturunan mata sepet) Kalau anda percaya jugak dengan tips di atas,selamat mencuba ye!Peace Yoo!

Sunday 10 March 2013

Di pinggirkan

Apakah yang dipinggirkan?ha!meh sini mek nok cerito sikit,hok aloh kecek kelate pulok.takpo takpo 1 Malaysia kay (tetiba) Sebenarnya,blog ni dah lama dipinggirkan.Nampak tak blog ambo berlumut hijau,berhabuk,abih blog ambo di makan dek anai-anai,kucar-kacir & blako-blako la (oloh,semangat teh) Last ambo cuci blog ni tahun lepas bulan 6..Lamo dok ambo dop update?nok dijadikan cerito,actually ambo ni blogger yang pempalas (pemalas) bak kata anak buah ambo.ha!gitu la. (merepek2) ambo update bilo ambo raso rajin ha!tudiaa! (tengah rajin la ni)

Banyok sebenarnya ambo nok cerito,tapi sampai sekat ni je lah..nanti la ambo cerito..cerito gembira,sedih,paling sedih ado blako.Tunggu deh!


Gambar terbaru Kak Limah