Tuesday, 26 June 2012

Thank you guys :)

Beberapa hari je lagi,bulan JUN 2012 akan melabuh tirai.Banyak kenangan manis dan pahit yang Fida lalui (tiba2 sayu hati).Tapi yang banyak adalah kenangan manis :) apa yang manis??ha!meh chek nak habaq,Seorang bayi Perempuan telah selamat dilahirkan pada 12 JUN 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur yang bernama ROS AFIDA.Nak dipendekkan cerita,12 JUN banyak yang wish besday chek dekat Facebook,Mesej,Call dan lain2 lagi!Terharu wa cakap lu..cuba tengok bawah ,beberapa ucapan yang chek terima daripada kawan2,adik2,abg2,ibu2,bapak2.ha!nak share sikit.

senyuman ku di bulan JUN ^_^

Ramai sangat yang wish dekat chek,terutamanya dekat Facebook (http://www.facebook.com/arosafida).

12 Jun 2012
Atiqah Diyana (12:01 AM)
Happy bfday fida!!!smg pnjg umo murh rezeki brjye dlm idop n dredhai Allah ddunia n akhirat..

Mussyazmeer (12:53 AM)
Happy birthday ros :-) wish u happiness alwys^^

Aliah (1:52 AM)
happy bufday fida..soey lmbt wish sbb aq tgk bola..hehe..smoge pnjng umo dan dmurhkn rzeki..

Lisa (10:29 AM)
Epy bufdy rose..smoga pnjang umo n d'murahkn rezeki..

Khairil (7:19 PM)
Hppy birthday. . <3

Adk Nadz (7:28 PM)
Hpy bzday kak

Auni (9.56 PM)
Akak ros! Hapy Birthday! Hapy sweet nineteen! Td wish kt skolah,tak bleh nk ckp bnyak2,hehe,btw semoge pnjang umur and murah rezeki,hope you will success in your life and hope akak always happy with org tersayang! :-) lg nk ckp,kite syg akak,even kite baru knal je,akak baik,syg akak! Muahh!Hehe,Hapy birthday again akak comel!
Sincerely from : Auni Rasyidah Abdul Razak. :-)

Syazatu Syamimi




Sangat terharu mak!I really appreciate it! :) Terima kasih ye awak2 semua

Wednesday, 20 June 2012

NABI MUHAMMAD SAW SEORANG PEMIMPIN DAN NEGARAWAN YANG UNGGUL

PENGENALAN
  • Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin,12 Rabiul-Awal Tahun Gajah atau 20 April 571 Masihi di Makkah.
  • Bapa Baginda : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
  • Ibu Baginda : Aminah bt Wahab bin Zuhrah bin Kilab.
  • Nabi Muhammad (saw) adalah anak yatim.
  • Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang menerima wahyu Allah swt  untuk amalan dirinya sahaja.
  • Maksud Negarawan/Pemimpin : sebagai seorang ketua,ahli politik dan pentadbir yang cekap.
DIGELAR 'AL-AMIN'
  • Digelarkan sebagai 'al-Amin' atau 'yang amanah' oleh masyarakat Quraisy Makkah.
  • mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan oleh seorang bakal pemimpin.
  • berjaya menyelesaikan perbalahan yang timbul di kalangan pemimpin-pemimpin Bani dalam Kabilah Quraisy.
  • Peristiwa tersebut berlaku setelah Kota Makkah dilanda banjir.
  • Bani-Bani di Makkah bertelagah sesama sendiri semasa hendak meletakkan semula batu Hajarul Aswad di sudut dinding Kaabah.
  • Batu tersebut dianggap suci dan mulia.
  • Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad (saw) sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Baginda meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah.
  • menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu berasa puas hati.
MENGATUR STRATEGI PENYEBARAN ISLAM
  • Baginda mula menyusun strategi penyebaran Islam yang benar-benar terancang dan teliti.
  • Peringkat Awal : Baginda hanya menyampaikan Islam kepada golongan yang paling hampir dengan Baginda.
  • Tujuan : untuk tidak menimbulkan keributan di kalangan masyarakat Quraisy yang lain.
  • Berita kedatangan Islam telah tersebar luas dan penentangan semakin meningkat.
  • Baginda juga menyusun strategi untuk menghadapi Kaum Quraisy.
  • Umat Islam digesa untuk bertahan dan bersabar di atas segala penentangan Kaum Quraisy.
  • Umat Islam masih kecil dan lemah dan belum mampu menandingi kekuatan Kaum Quraisy.
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MADINAH
  • Baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi antara Suku Aus dan Suku Khazraj.
  • Kedua-dua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar.
  • Golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy yang datang dari Makkah.
  • Dengan kejayaan ini,Baginda merupakan tokoh yang pertama.
  • kerana berjaya menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.
SEORANG PEMIMPIN TENTERA
  • Baginda merupakan pemimpin tentera yang tertinggi.
  • Baginda turut berjuang dan dalam masa yang sama menjadi inspirasi para pejuang lain.
  • Dalam Perang Uhud,Baginda turut memakai baju besi,memikul pedang dan memerangi musuh.
  • Baginda turut luka parah dalam peperangan tersebut.
  • Baginda juga sebagai seorang pakar strategi.
  • Bukti : - kecekapan taktik Baginda menggunakan pasukan memanah di lereng gunung Uhud.
               - taktik menggali parit dalam Perang Khandak
               - teknik psikologi untuk memaksa Malek bin Aus menyerah diri dalam Perang Taif.
MENGADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
  • Walaupun Nabi Muhammad (saw) adalah seorang yang buta huruf,namun baginda seorang pemimpin sebuah kerajaan.
  • mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti :
    -Habsyah        -Byzantine        -Hirah
    -Parsi              -Ghassan
RUMUSAN
  • adalah jelas bahawa Muhammad bin Abdullah itu merupakan seorang nabi,Rasul,pemimpin dan negarawan ulung yang belum pernah disaksikan oleh sejarah Tanah Arab sebelum dan selepasnya.
  • baginda membuktikan dirinya berkebolehan dalam hampir setiap bidang.
  • dalam sejarah selama 23 tahun menyebarkan Islam,Baginda merupakan seorang :-
    -pendakwah                        -perangka ekonomi negara
    -panglima perang                 -hakim
    -perangka strategi                -penasihat


p/s Sejarah Tamadun Islam Bab 1 ni la yang saya study gila-gila dekat kelas petang tadi.Banyak lagi fakta   yang boleh ditambah untuk mendapatkan markah yang banyak.Good Luck Pre-U student ^.^

Thursday, 31 May 2012

Teruk!

Fida cakap Tg.Malim dekat Kedah - bukan Kedah!tapi Perak.
Fida cakap Langkawi dekat Pulau Pinang - bukan Pulau Pinang!tapi Kedah.
Fida cakap Menara Condong dekat Melaka - bukan Melaka!tapi Perak.

OHMAN!buat malu je,I need to explore more about Malaysia.(memang kena!sebab gua kan orang Malaysia!)

Tutup Muka 5 minit.Malu!Malu!


Mehehee (gelak2 kucing) I learn from mistake.

Wednesday, 23 May 2012

Negeri Kelantan Seindah Namamu

'NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMAMU' puisi yang disampaikan oleh Oki Setiana Dewi pada Program Bicara Selebriti.Sajak ini menunjukkan tanggapan Oki terhadap Negeri Kelantan.Oki ke Kelantan pada bulan mac lalu untuk menghadiri Program Hari Hiburan Islam anjuran Kerajaan Kelantan.



Oki Setiana Dewi pernah membintangi sinetron 'Ketika Cinta Bertasbih'





Tanah serendah sekebun bunga
Negeri tadahan wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjung al-Quran
Teguh menggalas Syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku menduga
Bertemu seorang Ulama'
Yang dicintai rakyatnya

Lalu...
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang Ulama'
Yang lembut...tapi tegas beribadat
Yang pengasih...namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun bersama Islam
Moga kita bertemu kembali.