Wednesday 20 March 2013

MELATAH

'It's about the melatah,melatah,melatah.We always melatah melatah melatah.We just wanna melatah,melatah...' (lagu Price Tag diubahsuai menjadi lagu Melatah) Wiiiii~merepek-repek..
Mungkin korang semua tak percaya yang aku ni tergolong dalam golongan 'Minah Melatah'
Tapi itulah kenyataannya.Bukan aku sorang je melatah dalam family,Mama,Makcik,Kakak,Abang pun melatah jugak.Mungkin ni faktor dari keturunan sebab Arwah nenek aku pun melatah jugak.

Tapi dalam family,aku lah yang paling teruk melatah -_- Sampai anak buah aku pun suka usik.Suka cocok2 pinggang aku,suka buat aku terkejut.Bila aku melatah,dorang mesti gelak.Penat memang penat melatah ni,tapi takpe lah janji anak buah aku semua happy.Melatah ni memang di anggap satu hiburan,sebab memang kelakar bila tengok orang melatah.Aku sendiri pun tergelak.Macam2 perkataan yang keluar dari mulut bila melatah.Bukan tu je,kadang2 pelbagai aksi keluar bila melatah.Bila sekali je melatah,melatah aku ni akan melarat.Mesti aku akan melatah tanpa henti kalau ada orang usik.

Walaupun kelakar,melatah ni ada bahaya jugak.Kadang2 ada orang melatah teruk tau.Contohnya bila kita usik dia,dia akan capai sesuatu yang tajam atau apa2 je benda yang ada di sekeliling dia.Kalau dia pegang pisau dan kita usik dia,rasa-rasanya ada yang masuk hospital nanti.So,kalau nak usik orang melatah kenalah ikut waktu,tempat dan masa.Jangan sampai perkara buruk berlaku.Pendek kata 'Berhati-hatilah di jalan raya'.Panjang kata plak 'Berhati-hatilah walau di mana pun anda berada,Ingatlah orang yang tersayang' (merepek lagi)

Pakar psikologi,Dr.William S Buroughs menjelaskan,latah adalah situasi terkejut melampau (hyper-startling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun,golongan lelaki tidak terkecuali daripada melatah,malah ada kala mereka lebih teruk berbanding wanita.

Nak tahu lebih lanjut tentang 'MELATAH'? (malas nak taip banyak2.HAHAHA) Layari laman web ni (http://www.hmetro.com.my/articles/Melatahpenyakitsaraf/MA/Article)

No comments:

Post a Comment