Thursday, 21 March 2013

Cheesy Wedges

Makan,makan,makan,makan,makan (5x makan) Tu lah hobi aku,suka makan.Salah!bukan hobi aku je,hobi family aku jugak..Family aku semua memang suka makan.Antara shopping & makan,kitaorang lagi suka makan.Cari restoran atau kedai makan yang best2,kalau keluar pegi mana-mana.

Tiba-tiba hari ni aku terbau-bau cheesy wedges,padahal aku dah makan cheesy wedges semalam.Kakak aku beli dekat Pasar Malam Desa Tasik.Cheesy wedges dekat Pasar Malam tu memang sedap gila setanding dengan cheesy wedges dekat KFC.Ada dua pilihan,sama ada cheesy wedges biasa atau special.Apa yang special?HA!meh chek nak habaq mai!Cheesy wedges yang special tu dia letak banyak cheese & mayonis.Bak kata orang 'memang kaw kaw la'.Memang banyak cheese yang dia letak.Bila makan tu memang betul-betul terangkat la kening aku ni (tetiba)

Cheesy wedges adalah salah satu makanan kegemaran aku.Birthday aku nanti tak payah bagi hadiah mahal-mahal,Cheesy wedges pun dah cukup.Wahaha.Setiap hari aku rasa nak makan cheesy wedges.Tak muak pun.

Mak ai!ni baru tengok gambar,belum rasa lagi.Tengok je pun boleh meleleh air liur.Sedapnya!


Ohman!I'm craving to eat cheesy wedges!Cheesy wedges!Please,come to Mama!

Wanna make your own Cheesy wedges?Visit this web (http://www.kongsiresepi.com/read/464/0/) to knows the recipe!

Wednesday, 20 March 2013

MELATAH

'It's about the melatah,melatah,melatah.We always melatah melatah melatah.We just wanna melatah,melatah...' (lagu Price Tag diubahsuai menjadi lagu Melatah) Wiiiii~merepek-repek..
Mungkin korang semua tak percaya yang aku ni tergolong dalam golongan 'Minah Melatah'
Tapi itulah kenyataannya.Bukan aku sorang je melatah dalam family,Mama,Makcik,Kakak,Abang pun melatah jugak.Mungkin ni faktor dari keturunan sebab Arwah nenek aku pun melatah jugak.

Tapi dalam family,aku lah yang paling teruk melatah -_- Sampai anak buah aku pun suka usik.Suka cocok2 pinggang aku,suka buat aku terkejut.Bila aku melatah,dorang mesti gelak.Penat memang penat melatah ni,tapi takpe lah janji anak buah aku semua happy.Melatah ni memang di anggap satu hiburan,sebab memang kelakar bila tengok orang melatah.Aku sendiri pun tergelak.Macam2 perkataan yang keluar dari mulut bila melatah.Bukan tu je,kadang2 pelbagai aksi keluar bila melatah.Bila sekali je melatah,melatah aku ni akan melarat.Mesti aku akan melatah tanpa henti kalau ada orang usik.

Walaupun kelakar,melatah ni ada bahaya jugak.Kadang2 ada orang melatah teruk tau.Contohnya bila kita usik dia,dia akan capai sesuatu yang tajam atau apa2 je benda yang ada di sekeliling dia.Kalau dia pegang pisau dan kita usik dia,rasa-rasanya ada yang masuk hospital nanti.So,kalau nak usik orang melatah kenalah ikut waktu,tempat dan masa.Jangan sampai perkara buruk berlaku.Pendek kata 'Berhati-hatilah di jalan raya'.Panjang kata plak 'Berhati-hatilah walau di mana pun anda berada,Ingatlah orang yang tersayang' (merepek lagi)

Pakar psikologi,Dr.William S Buroughs menjelaskan,latah adalah situasi terkejut melampau (hyper-startling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.

Bagaimanapun,golongan lelaki tidak terkecuali daripada melatah,malah ada kala mereka lebih teruk berbanding wanita.

Nak tahu lebih lanjut tentang 'MELATAH'? (malas nak taip banyak2.HAHAHA) Layari laman web ni (http://www.hmetro.com.my/articles/Melatahpenyakitsaraf/MA/Article)

Wednesday, 13 March 2013

Cara-Cara SEPETkan MATA

Ramai kata 'comel la mata sepet'.Mereka yang kata,saya tak kata pun.Mata sepet tak comel pun sebenarnya (memang la aku cakap macam tu,sebab mata aku sepet) Cuba kalau mata saya macam mata Yuna,mesti saya cakap perkara yang sama.Bila mata bundar,nak mata sepet.Bila mata sepet,nak mata bundar.Ok la macam tu,jangan ada yang mintak nak macam mata kucing (buah mata kucing) sudahlah.(Macam skema je hari ni)

Apa-apa pun kenalah bersyukur dengan apa yang Allah bagi.Ye dop? (kalau setuju,angguk-angguk sikit)
Nak tahu tak cara-cara sepetkan mata?saya ada beberapa tips sepetkan mata.Sila Lihat Gambar Di bawah (lihat je,jangan sentuh.hehehe)


CARA PERTAMA

CARA KEDUA

CARA KETIGA

CARA KEEMPAT

nak tengok hasil daripada cara-cara di atas?Sila Lihat Lagi Gambar Di Bawah.

Eh,kejap-kejap.Nak tunjuk gambar baby comel.Comel kan?

Eh!Ada lagi satu.Gambar kanak-kanak yang comel,Lincoln Paul Lambert from Korea. (Kanak-kanak yang pandai bermain silap mata) Jatuh cinta tengok budak comel ni.
ok!Ini serius,saya akan tunjukkan gambar hasil daripada cara-cara sepetkan mata.


Tadaaaa,ni lah hasilnya.Kiri : tak senyum Kanan : Senyum (nak nampak lebih sepet lagi mata anda?senyumlah sokmo)

Fuhhhh!Tiba-tiba letih (Blogger pempalas macam ni la jadinya).Ok,saya nak bagi sedikit nasihat kepada anda semua untuk tidak percaya dengan tips yang saya bagi di atas.Ianya hanya gurauan semata-mata.Mata saya memang asli,sepet!Tak guna apa-apa tips pun untuk sepetkan mata (memang keturunan mata sepet) Kalau anda percaya jugak dengan tips di atas,selamat mencuba ye!Peace Yoo!

Sunday, 10 March 2013

Di pinggirkan

Apakah yang dipinggirkan?ha!meh sini mek nok cerito sikit,hok aloh kecek kelate pulok.takpo takpo 1 Malaysia kay (tetiba) Sebenarnya,blog ni dah lama dipinggirkan.Nampak tak blog ambo berlumut hijau,berhabuk,abih blog ambo di makan dek anai-anai,kucar-kacir & blako-blako la (oloh,semangat teh) Last ambo cuci blog ni tahun lepas bulan 6..Lamo dok ambo dop update?nok dijadikan cerito,actually ambo ni blogger yang pempalas (pemalas) bak kata anak buah ambo.ha!gitu la. (merepek2) ambo update bilo ambo raso rajin ha!tudiaa! (tengah rajin la ni)

Banyok sebenarnya ambo nok cerito,tapi sampai sekat ni je lah..nanti la ambo cerito..cerito gembira,sedih,paling sedih ado blako.Tunggu deh!


Gambar terbaru Kak Limah

Tuesday, 26 June 2012

Thank you guys :)

Beberapa hari je lagi,bulan JUN 2012 akan melabuh tirai.Banyak kenangan manis dan pahit yang Fida lalui (tiba2 sayu hati).Tapi yang banyak adalah kenangan manis :) apa yang manis??ha!meh chek nak habaq,Seorang bayi Perempuan telah selamat dilahirkan pada 12 JUN 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur yang bernama ROS AFIDA.Nak dipendekkan cerita,12 JUN banyak yang wish besday chek dekat Facebook,Mesej,Call dan lain2 lagi!Terharu wa cakap lu..cuba tengok bawah ,beberapa ucapan yang chek terima daripada kawan2,adik2,abg2,ibu2,bapak2.ha!nak share sikit.

senyuman ku di bulan JUN ^_^

Ramai sangat yang wish dekat chek,terutamanya dekat Facebook (http://www.facebook.com/arosafida).

12 Jun 2012
Atiqah Diyana (12:01 AM)
Happy bfday fida!!!smg pnjg umo murh rezeki brjye dlm idop n dredhai Allah ddunia n akhirat..

Mussyazmeer (12:53 AM)
Happy birthday ros :-) wish u happiness alwys^^

Aliah (1:52 AM)
happy bufday fida..soey lmbt wish sbb aq tgk bola..hehe..smoge pnjng umo dan dmurhkn rzeki..

Lisa (10:29 AM)
Epy bufdy rose..smoga pnjang umo n d'murahkn rezeki..

Khairil (7:19 PM)
Hppy birthday. . <3

Adk Nadz (7:28 PM)
Hpy bzday kak

Auni (9.56 PM)
Akak ros! Hapy Birthday! Hapy sweet nineteen! Td wish kt skolah,tak bleh nk ckp bnyak2,hehe,btw semoge pnjang umur and murah rezeki,hope you will success in your life and hope akak always happy with org tersayang! :-) lg nk ckp,kite syg akak,even kite baru knal je,akak baik,syg akak! Muahh!Hehe,Hapy birthday again akak comel!
Sincerely from : Auni Rasyidah Abdul Razak. :-)

Syazatu Syamimi




Sangat terharu mak!I really appreciate it! :) Terima kasih ye awak2 semua

Wednesday, 20 June 2012

NABI MUHAMMAD SAW SEORANG PEMIMPIN DAN NEGARAWAN YANG UNGGUL

PENGENALAN
  • Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin,12 Rabiul-Awal Tahun Gajah atau 20 April 571 Masihi di Makkah.
  • Bapa Baginda : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
  • Ibu Baginda : Aminah bt Wahab bin Zuhrah bin Kilab.
  • Nabi Muhammad (saw) adalah anak yatim.
  • Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang menerima wahyu Allah swt  untuk amalan dirinya sahaja.
  • Maksud Negarawan/Pemimpin : sebagai seorang ketua,ahli politik dan pentadbir yang cekap.
DIGELAR 'AL-AMIN'
  • Digelarkan sebagai 'al-Amin' atau 'yang amanah' oleh masyarakat Quraisy Makkah.
  • mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan oleh seorang bakal pemimpin.
  • berjaya menyelesaikan perbalahan yang timbul di kalangan pemimpin-pemimpin Bani dalam Kabilah Quraisy.
  • Peristiwa tersebut berlaku setelah Kota Makkah dilanda banjir.
  • Bani-Bani di Makkah bertelagah sesama sendiri semasa hendak meletakkan semula batu Hajarul Aswad di sudut dinding Kaabah.
  • Batu tersebut dianggap suci dan mulia.
  • Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad (saw) sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Baginda meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah.
  • menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu berasa puas hati.
MENGATUR STRATEGI PENYEBARAN ISLAM
  • Baginda mula menyusun strategi penyebaran Islam yang benar-benar terancang dan teliti.
  • Peringkat Awal : Baginda hanya menyampaikan Islam kepada golongan yang paling hampir dengan Baginda.
  • Tujuan : untuk tidak menimbulkan keributan di kalangan masyarakat Quraisy yang lain.
  • Berita kedatangan Islam telah tersebar luas dan penentangan semakin meningkat.
  • Baginda juga menyusun strategi untuk menghadapi Kaum Quraisy.
  • Umat Islam digesa untuk bertahan dan bersabar di atas segala penentangan Kaum Quraisy.
  • Umat Islam masih kecil dan lemah dan belum mampu menandingi kekuatan Kaum Quraisy.
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MADINAH
  • Baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi antara Suku Aus dan Suku Khazraj.
  • Kedua-dua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar.
  • Golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy yang datang dari Makkah.
  • Dengan kejayaan ini,Baginda merupakan tokoh yang pertama.
  • kerana berjaya menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu umat yang padu dan kukuh.
SEORANG PEMIMPIN TENTERA
  • Baginda merupakan pemimpin tentera yang tertinggi.
  • Baginda turut berjuang dan dalam masa yang sama menjadi inspirasi para pejuang lain.
  • Dalam Perang Uhud,Baginda turut memakai baju besi,memikul pedang dan memerangi musuh.
  • Baginda turut luka parah dalam peperangan tersebut.
  • Baginda juga sebagai seorang pakar strategi.
  • Bukti : - kecekapan taktik Baginda menggunakan pasukan memanah di lereng gunung Uhud.
               - taktik menggali parit dalam Perang Khandak
               - teknik psikologi untuk memaksa Malek bin Aus menyerah diri dalam Perang Taif.
MENGADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
  • Walaupun Nabi Muhammad (saw) adalah seorang yang buta huruf,namun baginda seorang pemimpin sebuah kerajaan.
  • mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di dalam dan di luar Tanah Arab seperti :
    -Habsyah        -Byzantine        -Hirah
    -Parsi              -Ghassan
RUMUSAN
  • adalah jelas bahawa Muhammad bin Abdullah itu merupakan seorang nabi,Rasul,pemimpin dan negarawan ulung yang belum pernah disaksikan oleh sejarah Tanah Arab sebelum dan selepasnya.
  • baginda membuktikan dirinya berkebolehan dalam hampir setiap bidang.
  • dalam sejarah selama 23 tahun menyebarkan Islam,Baginda merupakan seorang :-
    -pendakwah                        -perangka ekonomi negara
    -panglima perang                 -hakim
    -perangka strategi                -penasihat


p/s Sejarah Tamadun Islam Bab 1 ni la yang saya study gila-gila dekat kelas petang tadi.Banyak lagi fakta   yang boleh ditambah untuk mendapatkan markah yang banyak.Good Luck Pre-U student ^.^

Thursday, 31 May 2012

Teruk!

Fida cakap Tg.Malim dekat Kedah - bukan Kedah!tapi Perak.
Fida cakap Langkawi dekat Pulau Pinang - bukan Pulau Pinang!tapi Kedah.
Fida cakap Menara Condong dekat Melaka - bukan Melaka!tapi Perak.

OHMAN!buat malu je,I need to explore more about Malaysia.(memang kena!sebab gua kan orang Malaysia!)

Tutup Muka 5 minit.Malu!Malu!


Mehehee (gelak2 kucing) I learn from mistake.

Wednesday, 23 May 2012

Negeri Kelantan Seindah Namamu

'NEGERI KELANTAN SEINDAH NAMAMU' puisi yang disampaikan oleh Oki Setiana Dewi pada Program Bicara Selebriti.Sajak ini menunjukkan tanggapan Oki terhadap Negeri Kelantan.Oki ke Kelantan pada bulan mac lalu untuk menghadiri Program Hari Hiburan Islam anjuran Kerajaan Kelantan.



Oki Setiana Dewi pernah membintangi sinetron 'Ketika Cinta Bertasbih'





Tanah serendah sekebun bunga
Negeri tadahan wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup indah namamu
Seindah negerimu
Duhai
Wajahmu nan indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku lewati
Taat menjunjung al-Quran
Teguh menggalas Syariat
Yang tidak pernah goyah
Tersentuh hati kudus ku
Lantaran aku di sini
Biar tidak pernah ku menduga
Bertemu seorang Ulama'
Yang dicintai rakyatnya

Lalu...
Kuntum rindu yang lama tersimpan
Terubat jua akhirnya
Biar sekelumit cuma
Beruntung rakyatnya
Menumpang teduh seorang Ulama'
Yang lembut...tapi tegas beribadat
Yang pengasih...namun tidak goyah
Pada percikkan kealpaan dunia
Pasti aku merindui mu lagi
Entah kapan bisa diubati
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera selamanya
Memacu
Membangun bersama Islam
Moga kita bertemu kembali.

Tuesday, 22 May 2012

THINK!

Before you speak.....
T H I N K !

T - is it TRUE?
H - is it HELPFUL?
I - is it INSPIRING?
N - is it NECESSARY?
K - is it KIND?

Tuesday, 24 April 2012

A New Day Has Come

Assalamualaikum semua :) lama tak jumpa.haha!
ok!tak nak membebel banyak2.I want to share with you about the song 'A New Day Has Come' by Celine Dion' .It's meaningful and beautiful song!Listen!You will be able to feel it! :') Awesome! 1 2 3.....

Cinta bukan melemahkan tapi menguatkan (iklan jap) heheh

Friday, 6 April 2012

2 April 2012 Antara Gembira dan Sedih

GEMBIRA :) - SAYA DI CIUM!!

Romantiknya :') Tengah kemas-kemas buku,tiba-tiba Mama peluk and cium pipi saya :')
Jom lihat dialog antara Saya & Mama tersayang :

Mama : dulu masa adik kecik-kecik,Ma banyak kali cium adik
Me : yeke?adik x igt -.-'

#Me love you Mama

SEDIH :'( - SOSEJ TERBANG!!

you all pernah tengok tak sosej terbang? -.- masa tu i rasa nk makan sosej pulak.so,apa lagi i amik la sosej dalam peti ais and panaskan minyak (Halamak!i u i u plak).Minyak dah panas,api semakin membara i pun terus letak sosej tu dalam kuali tanpa berfikir panjang lebar sebab dah lapar sangat ni!

Meh cikgu nak bagi tahu anak2 murid semua,ni lah namanya sosej!
actually semua orang dah tahu,nak goreng sosej ada cara nye,tp i x buat pun cara2 yang patut dibuat sblum goreng sosej (lapar sangat la katakan.hhhuhu) HA!apa lagi meletup la sosej tu,sebab api terlalu besar (blum membiasakn diri guna dapur baru.Ah!Alasan je tu!haha) and tiada ruang udara untuk sosej tu.Tiada ruang udara? -.-' sosej pun memerlukan udara dalam kuali.Bak Kata kawan sy (Mr.Baha) 'luka kan dulu sosej tu' huhu..ha,tu la caranye..baru la sosej tu x meletup!hohoho..

Update di Muka Buku

Yang paling malangnye,minyak panas sosej tu terkena tangan Fida akibat letupan yang berlaku.Nasib baik x kena muka (sakit jugak tangan gua) and yang anehnye isi dan kulit sosej tu terpisah, :o
pernah ke korg makan mcm tu,kulit and isi berlainan.tp i makan je,sedap jugak la makan mcm tu (Alasan lagi!Padahal lapar sangat tu.Bantai je la.he!)

Warna Pink gitu uallss!

Sebenarnya Fida fobia dengan benda yang panas & benda yang mudah meletup.Contohnya macam air panas,minyak panas dan lain2 lagi.Fobia sebabnya masa kecik2 dulu kaki gua pernah terkena air tea o panas yang masih panas di pasaran sampai melecur kaki wa cakap lu!Banyak jugak la kena,Dari lutut sampai ke kaki belah kanan (tinggallah parut yang banyak sebagai kenangan).

Wednesday, 4 April 2012

Gembira vs Sedih

Ada cerita sedih dan gembira di sebalik 2 & 3 April 2012 -Ros Afida Ismail

GEMBIRA 
Isnin 2 April 2012 - saya di cium!! :')
Selasa 3 April 2012 - saya di terima!! :')  - penasihat Lisa Suri Rumah ^.^



SEDIH
Isnin 2 April 2012 - Sosej Terbang -.-'
Selasa 3 April 2012 - sudah jatuh di timpa tangga :'(


ok!nanti la Fida sambung membebel.Hehe!Bye2 uollss

Monday, 2 April 2012

Stomach Ache

Stomach ache atau dalam bahasa melayunya sakit perut -.-
waaaaaaa ~ waaaaaa ~ sakit perut :s ingat ke sakit perut sebab gastrik rupa-rupanya sebab nk 'yakyak'.Yakyak tu apa??hahahar,faham2 je la ok?hehe.Akhirnya,selamat jugak sy ber'yakyak.. :o tapi rasa lapar plak >.<' Kena makan ni,makan la apa yang ada kat dapur (sosej,roti gardenia,keropok crispy) Huh! -.- macam mana awak x gemuk Ros Afida >.< Nasi pun belum makan lagi,mcm mana x gastrik.Ros Afida ratu 'DEGIL'. 


Coming Home Part II

Coming Home for UEFA by Universal Music Malaysia


and the blood will dry
underneath my nails
and the wind will rise up
to fill my sails
so you can doubt
and you can hate
but i know,no matter what it takes

i'm coming home
i'm coming home
tell the world i'm coming home
let the rain wash away
all the pain of yesterday
i know my kingdom awaits
and they're forgiving my mistakes
i'm coming home
i'm coming home
tell the world i'm coming..

still far away
from where i belong
but it's always darkest
before the dawn
so you can doubt
and you can hate
but i know,no matter what it takes

i'm coming home
i'm coming home
tell the world i'm coming home
let the rain wash away
all the pain of yesterday
i know my kingdom awaits
and they're forgiving my mistakes
i'm coming home
i'm coming home
tell the world i'm coming..

i'm coming home
i'm coming home
tell world i'm coming home
let the rain wash away
all the pain of yesterday
i know my kingdom awaits
and they're forgiving my mistakes 
i'm coming home
i'm coming home
tell the world i'm coming..home